Monday, August 15, 2011

Puasa, mengajar dan mengandung

Tajuk seperti di atas adalah merujuk kepada diri saya. Saya berpuasa, masih mengajar dalam bulan puasa dan sedang mengandung 7 bulan lebih.

Mengajar di bulan puasa dan bulan lain ada beza nya. Betul kan? Apatah lagi mengajar sambil berpuasa dan juga sambil mengandung. Output yang diharapkan adalah sama cuma 'approach' nya saja yang berbeza. Semangat untuk mengajar tidak akan berkurang sedikit pun walaupun berpuasa mahupun mengandung. Tambahan pula saya mengajar kelas UPSR. Tugas saya untuk meng 'A' kan murid dalam Sains bukan tugas yang ringan. Ia lebih berat dari perut saya yang sedang saya tanggung sekarang.

Tapi apa yang bezanya 'approach' bulan puasa dan bukan bulan puasa? Saya cuba mengurangkan bercakap semasa p&p agar saya dapat berpuasa penuh satu hari. Mesti ada yang hairan, macamana mengajar tapi kurang bercakap? Tahukan manusia mempunyai lima deria? Bila kita kurangkan penggunaan deria pendengaran anak2 murid kita, kita tambahkan lah lagi penggunaan deria mereka yang lain2. Faham? Tidak? Tidak mengapa, biar saya jelaskan. Saya tambahkan kapasiti penggunaan deria mata dengan membekalkan mereka kad nota/ kad gambar seorang satu untuk mereka lihat dan baca. Kemudian, murid-murid perlu menyebut nya pula atau menjawab soalan2 yang saya ajukan berkaitan kad nota atau kad gambar mereka. Nampak di situ yang saya sudah menjimatkan air liur saya bukan? Kemudian, mereka tambahkan pula deria sentuhan mereka dengan menulis di buku2 mereka. Saya juga gemarkan kepada sesi "one-to-one" semasa p&p kerana semasa sesi ini, baru lah saya tahu samada murid saya benar2 faham atau tidak. Murid juga berubah menjadi lebih bersemangat untuk belajar kerana merasakan bahawa ada orang yang benar-benar 'caring' dengan pelajaran mereka. Oh lupa saya tambah, 'approach' ini hanya lah untuk murid tahun 4 & tahun 5 saya. Kelas tahun 6 saya masih seperti biasa, gerak gempur, bincang soalan (sampai kering air liur pun tak pe sebab UPSR dah nak dekat).

Bagi yang tidak faham akan situasi guru mengandung dan berpuasa, mesti rasa jelek. "Dia ni rilek aje, tak mengajar pun." No, no, no..... saya mengajar cuma kelas saya kini lebih pasif sedikit. Semua objektif juga tercapai. Jadi apa masalahnya?

Wednesday, July 6, 2011

Lama nya cikgu tak update blog....

Wah wah wah.... Berkurun lama rasa nya tidak menulis di sini. Sampai saya terlupa password tau..... Nasib baik tadi tekan2 menjadi.

Saya menulis di sini sebagai "Anonymus", tidak pernah mencatatkan nama sebenar mahupun menempek gambar. Namun begitu, saya bercadang untuk menjadikan profile saya tidak anonymus lagi sebab saya punya cita2 untuk menjadi lebih daripada guru biasa (mungkin guru cemerlang?). Oleh itu, saya melihat blog ada lah sebagai tempat untuk saya mencatatkan segala apa yang berkaitan dengan p&p dan kelas saya. Mungkin ala2 kajian tindakan gitu. Tapi, beranikah saya?

Saya baru sahaja menjadi guru sejak 2005, tetapi sejak akhir-akhir ini saya seolah-olah dirasuk satu semangat baru yang ingin kan cabaran, agar dapat diri saya menjadi lebih hebat daripada sekarang. Bukan untuk menunjuk2 atau ingin kan pangkat atau ingin kan gaji yang lebih. Tapi saya mahukan lebih lagi dari sekadar masuk kelas keluar kelas. Saya mahu jadi guru yang boleh perform magic dalam kelas iaitu apabila saya mengajar, semua murid terus pandai..... Boleh tak?

Sunday, October 24, 2010

Seronok ke cuti sekolah?

Seronok ke kalau baru bulan 10 ni, untuk cuti bulan 12, GB dah bagitau cikgu2 kena bergilir2 bertugas di sekolah.

Seronok ke kalau cuti bulan 12 ni, cikgu2 kena buat kelas tambahan untuk tahun 6 tahun depan.

Pada pendapat saya (pendapat peribadi), sangat old fashion tau untuk cikgu2 datang bertugas bergilir2 masa cuti bulan 12. Pastu datang, pegi pejabat, sign nama, pastu borak2, cukup masa, sign out kat pejabat pastu balik. Ohhhh sengallllll...... Boleh tak Kementerian Pelancongan campur tangan? (Hahahah sila gelak kalau lawak). I mean, cuti sekolah ni kan, kalau saya dah booking pakej awal tahun hari tu, camana la nak datang bertugas oi.

Dan untuk kelas tambahan tahun 6, saya rasa macam nak dapat hypertensi okeh. Bila masa nak rehat nya guru tahun 6 nih? Boleh tak ikut prinsip saya, iaitu : Waktu kerja, kerja betul2, waktu cuti, cuti lah betul2.

Cuti sekolah yang sebulan di hujung tahun ni, bukannya lama sangat pun cikgu2 bercuti. Sebelum sesi persekolahan baru tahun depan, dah sah2 la cikgu2 memang kena pergi sekolah seminggu atau 2 minggu awal untuk persiapan, meeting dan sebagai nya. So, actually cuti 2 minggu je. Itu pun nak kacau????

OK no hard feeling ye, ni hanya luahan rasa saya saje. tak perlu fire saya balik. saya tak sudi.

Hatiku tercedera...

Cewah tajuk macam buku novel tak laris di pasaran. Heheheh.....

Saya rasa lah sedih jugak sebab tak dapat bonus tahun ini tapi tak de lah sampai termenung 5 hari 4 malam pulak. Dah tak ada nak buat camana ye tak. Kalau anda baca blog CUEPACS, tajuk tentang bonus ni, tolong baca komen2 pembaca2 nya tau. Saya ngeri baca nya. Ramai ler yang menyuarakan ketidak puas hatian mereka tentang ketiadaan bonus tahun ini. Ada yang siap ugut lagi pasal pilihan raya pulak tu. Kalau saya jadi PM, saya takut lah sebab depa semua macam nak undi yang lagi satu tu lah. Lepas bajet hari tu pun, saya tengok hari2 keluar tv pasal bonus ni. PM pun explain pasal apa takde bonus. Menteri Kewangan II Malaysia pun duk terangkan juga isu ni. Tapi orang pun tak kesah lah pasal defisit ke apa ke, depa tau yang depa nak bonus jugak. Entah lah......

Oh pasal yang cuti bersalin 90 hari tu, saya tahu ada juga perempuan sendiri yang cakap, cuti tu lama sangat. (Kalau lelaki cakap, saya tak heran lah, tapi kalau perempuan yang cakap, saya heran jugak). Rasa macam nak keluarkan ayat2 nak marah ni, tapi kita kena sabar ye. Tenang, jangan tulis sambil marah2 nanti menyesal....

Kenapa perempuan sendiri yang cakap cuti tu lama sangat??????? Gila kot. Baby yang baru 2 bulan dilahirkan, saya rasa memang tak layak diletak di taska. Kesian. Baby 2 bulan tu selayak nya masih lagi dijaga oleh ibu nya sendiri, disusukan dengan susu badan. Tak perlu susu formula. Kajian menunjukkan budak yang nyusu badan adalah lebih kuat rintangannya terhadap jangkitan/ penyakit. Oleh itu, takde lah ibu yang baru bersalin ni, kecoh2 nak ambil MC lah, cuti emergency lah dsbg nya kalau baby dia sakit.

ISH tetiba malas nak tulis lagi. Tidur lagi bagus.

Sunday, September 26, 2010

UPSR over

Yeyyyyyyyy!!!!!!!!!!!! Cikgu pun nak lompat2 sebab UPSR dah abis, malu kat budak2 so lompat2 dalam hati aje. hehehhe.... Kenapa cikgu over suka UPSR abis dah?

1) Tak yah balik lambat dah, dapat le balik cepat macam cikgu2 darjah 1, 2 dan 3 serta ustaz ustazah, dan lain-lain.

2) Tak perlu suruh budak2 asyik jawab soalan aje then semak then bincang, over and over again.

3) Boleh buat fun activities instead of 'serious' activities in my year 6 classes.



Tapi,

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
  Berdebar jugak ek result budak2 nih camana???? Kalau tak elok, kena sembur jugak le dengan PPD @ JPN. Seriously, if I get sembur after all that ive done, tonggang terbalik my life for UPSR, and they blame me for anything, JAGA laa...... I wont take it easily....... SERIOUS!  


p/s : apa aktiviti tahun 6 kat skolah korang?

Saturday, September 25, 2010

Cuti bersalin 2011

Pssssttttt.... ada dengar tak cerita pasal cuti bersalin nih? (ala joyah gosip2 sibuk2... hahah).

Ok ada khabar angin mengatakan pada bajet 2010 Oktober nanti, PM kita akan umumkan cuti bersalin selama 90 hari (bergaji) kepada semua kakitangan awam wanita berkuatkuasa 1.1.2011. Meh kita tengok betui ke idak ye. I really2 hope that it's true. :)

What say u?

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya!

Hari ni ialah hari tengok anak bulan. Sebagai cikgu sains, saya boleh kaitkan perkara ni dengan fasa-fasa bulan. Anak bulan ialah .................................... :)

OK this is one quick post before i'm off to do my chores. So here goes:

Kepada semua pembaca, tidak kira lah sama ada anda seorang guru atau pun tidak, 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

ikhlas daripada Cikgu Ina.......

p/s : Sonigonzales, lama sungguh tak nampak awak di sini. :)