Friday, September 3, 2010

Hari yang berdebar2...

Dah lama saya tak update ye. Dah lebih sebulan. Agak nya patut ditutup aje blog ni kan?

Hari ni saya berdebar2 kerana saya terbaca sesuatu di dalam facebook. Apa yang saya baca? Sesuatu yang melibatkan isu perkauman, benci membenci. Kemudian, saya selidik situ sini sikit baru lah saya faham bahawa ia terjadi kerana isu seorang "Pengetua" yang bernama Si ehenmmmm ti. Dalam fesbuk tersebut penulis nya adalah bekas murid saya yang kini berada di sekolah menengah. Nampak nya, lantang juga "status" nya.

Saya risau.

Takut.

Saya nak negara saya aman tanpa ada pergaduhan, pertumpahan darah, dan sebagai nya. Saya nak anak2 saya bersekolah dengan baik, boleh dihantar ke sana sini tanpa perlu rasa takut. Saya terbaca status budak belasan tahun yang sebegitu "hateful" maka saya terfikir, anak2 semuda ini jika masih menebal rasa perkauman di dalam diri nya, besar nanti macamana jadi nya? Medium nya CIKGU lah. Apa cikgu boleh buat supaya anak2 murid kita betul2 malaysian dan bukan Mela*yu, Ci*na dan In*dia supaya tidak bergaduh2 benci membenci dan sebagai nya?


Ok lah takut juga saya nak tulis lebih2. Siapa lah saya pun untuk tulis panjang2 pun tentang isu ini. Yang penting, cintai lah keamanan...................................


P/S: untuk derisjab (komentar dari post sebelum ni), saya dah masuk fasa bertawakal untuk murid2 tahun 6 saya. Tolong doakan mereka berjaya ye.

**** Cuti yang berdebar2 kerana ada kelas tambahan untuk murid2 tahun 6.

2 comments:

  1. Selepas baca suratkhbar dan tengok berita di kaca TV, baru saya perasan isu ini memang telah dijadikan kes besar yang mungkin akan mengancam keamanan negara kita. Saya adalah seorang Cikgu Cina yang sedang mengajar di Sekolang Kebangsaan. Saya selalu ajar murid saya bahawa mesti saling menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama. Sebab kita semua anak Malaysia. 1Bangsa 1Malaysia.

    ReplyDelete
  2. xpayah tutup blog.bia terletak je kat sini.koman2 bila terasa nak update, haaa. ada tempat nak update kan

    ReplyDelete