Monday, August 15, 2011

Puasa, mengajar dan mengandung

Tajuk seperti di atas adalah merujuk kepada diri saya. Saya berpuasa, masih mengajar dalam bulan puasa dan sedang mengandung 7 bulan lebih.

Mengajar di bulan puasa dan bulan lain ada beza nya. Betul kan? Apatah lagi mengajar sambil berpuasa dan juga sambil mengandung. Output yang diharapkan adalah sama cuma 'approach' nya saja yang berbeza. Semangat untuk mengajar tidak akan berkurang sedikit pun walaupun berpuasa mahupun mengandung. Tambahan pula saya mengajar kelas UPSR. Tugas saya untuk meng 'A' kan murid dalam Sains bukan tugas yang ringan. Ia lebih berat dari perut saya yang sedang saya tanggung sekarang.

Tapi apa yang bezanya 'approach' bulan puasa dan bukan bulan puasa? Saya cuba mengurangkan bercakap semasa p&p agar saya dapat berpuasa penuh satu hari. Mesti ada yang hairan, macamana mengajar tapi kurang bercakap? Tahukan manusia mempunyai lima deria? Bila kita kurangkan penggunaan deria pendengaran anak2 murid kita, kita tambahkan lah lagi penggunaan deria mereka yang lain2. Faham? Tidak? Tidak mengapa, biar saya jelaskan. Saya tambahkan kapasiti penggunaan deria mata dengan membekalkan mereka kad nota/ kad gambar seorang satu untuk mereka lihat dan baca. Kemudian, murid-murid perlu menyebut nya pula atau menjawab soalan2 yang saya ajukan berkaitan kad nota atau kad gambar mereka. Nampak di situ yang saya sudah menjimatkan air liur saya bukan? Kemudian, mereka tambahkan pula deria sentuhan mereka dengan menulis di buku2 mereka. Saya juga gemarkan kepada sesi "one-to-one" semasa p&p kerana semasa sesi ini, baru lah saya tahu samada murid saya benar2 faham atau tidak. Murid juga berubah menjadi lebih bersemangat untuk belajar kerana merasakan bahawa ada orang yang benar-benar 'caring' dengan pelajaran mereka. Oh lupa saya tambah, 'approach' ini hanya lah untuk murid tahun 4 & tahun 5 saya. Kelas tahun 6 saya masih seperti biasa, gerak gempur, bincang soalan (sampai kering air liur pun tak pe sebab UPSR dah nak dekat).

Bagi yang tidak faham akan situasi guru mengandung dan berpuasa, mesti rasa jelek. "Dia ni rilek aje, tak mengajar pun." No, no, no..... saya mengajar cuma kelas saya kini lebih pasif sedikit. Semua objektif juga tercapai. Jadi apa masalahnya?

0 comments:

Post a Comment